








Daily Bekal membekal makanan sejuk beku yang sedia untuk dipanaskan.Daily Bekal menyediakan pelbagai pilihan menu yang sedap dan sihat terutamanya untuk golongan yang ingin menjaga permakanan tetapi tiada masa untuk masak makanan sihat.
Makanan Daily Bekal disediakan dan dibungkus dengan sangat teliti untuk megekalkan kualiti dan kesegarannya. Ia boleh tahan selama 3 bulan kalau disimpan dalam keadaan beku. Kami nasihatkan anda untuk menyemak tarikh luput di atas setiap pembungkusan makanan.
Pemanasan makanan Daily Bekal sangat mudah dan cepat. Anda boleh menggunakan microwave atau cara pemanasan dalam air mendidih. Cara memanaskan makanan dicetak dengan jelas pada pembungkusan makanan Daily Bekal. Pastikan makanan dipanaskan dengan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Jumlah hidangan Daily Bekal yang anda perlukan dalam sehari bergantung pada keperluan, matlamat dan gaya hidup anda. Kebanyakkan pelanggan kami mengambil meal Daily Bekal satu atau dua kali sehari.
Pada masa ini, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran beku ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Kami sangat menghargai maklum balas anda dan ingin memastikan pelanggan kami puas hati dengan perkhidmatan & makanan kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan, pertanyaan atau maklum balas, sila hubungai kami melalui Whatsapp di 011-33113675.
Boleh sangat! Dengan Daily Bekal, minimum subscribe cuma 3 bulan, dan terus dapat diskaun 10% setiap bulan ✨
Tak perlu bayar semua sekali — bayar setiap bulan je, senang dan tak stress!
* Lepas 3 bulan, kalau nak teruskan pun boleh, nak stop pun boleh — sangat fleksibel!
* Seminggu sebelum setiap penghantaran, team customer service kami akan WhatsApp untuk confirm. Nak tukar flavour pun boleh terus bagitau je!
* Kalau nak subscribe, pilih dulu pakej kat bawah, lepas tu pilih servis langganan.































